Memoir of Little Me

Posted on October 12, 2010

2



Assalamualaikum…

Alhamdulillah, dah lama tak update FO. Dua tiga hari ni sibuk dengan majlis kahwin kawan2. Untuk itu, Si Tukang Tulis rasa nak qada’ cuti dari isnin sampai rabu. Ngahahaha…Sabtu lepas Si Tukang Tulis pergi ke kenduri kahwin rakan sekolah di masjid wilayah. Alhamdulillah, semua selamat dan berjalan lancar. Tahniah buat sahabat Alauddin Chik dan isteri. Semoga bahagia abadan abada.

Lepas majlis (Si Tukang Tulis makan2 pastu jumpa penganti je) terus solat kat masjid wilayah. Secara umumnya, memang sangat kagum. cantik, luas, dan sejuk je (aircond…) tapi ada benda yang tak sedap sikitla. Masjid ni sepatutnya menjadi pusat segala aktiviti masyarakat Islam. antaranya pendidikan. TETAPI di ruang pintu masuk tertera amaran ‘kanak2 bawah 6 tahun dilarang masuk dewan solat’.

Pada pendapat Si Tukang Tulis, selama menuntut dulu…rasanya tak pernah dengar atau jumpa hadis nabi atau amalan nabi yang melarang kanak2 masuk ke dewan solat…Sebenarnya, membawa kanak2 masuk merupakan satu bentuk didikan dalam mengenalkan kanak2 dengan ibadah solat berjemaah. Seperti pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnye…tapi kalau belum 6 thn dah tak dibenarkan masuk ke dewan solat, mungkin lepas 60 tahun pun dia tak masuk dah. Tak timbul isu kanak2 menganggu atau membatalkan solat org dewasa, sudah menjadi tugas ibu bapa menerapkan disiplin dalam diri anak2 tersebut. 
Masa kecik2 dulu, abah mesti bawak ke masjid. Pastu dia tak bagi Si Tukang Tulis solat ngan kanak2 seumur di belakang. Dia suruh duduk sebelah. Masa kecik2 dulu memangla nak main je (paling best mesti nak bgn dari rukuk atau sujud cepat sbb nak tengok org ramai2 bangun…cantik). Dan Kini Si Tukang Tulis merasakan apa yang dilakukan abah dulu sangat memberi kesan dalam pendidikan Si Tukang Tulis.

Walau bagaimanapun, perbahasan mengenai kanak2 ini jelas dalam beberapa hadis yang boleh dirujuk di http://ustazlove.blogspot.com/2010/09/soal-jawab-solat-kedudukan-kanak2-dalam.html dan http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/solat-jemaah-dengan-kanak-kanak.html di mana dalam kedua rujukan ini memberi penjelasan tentang kedudukan kanak2 yang belum dikhatan atau baligh…tapi takda satu pun yang membicarakan tentang larangan masuk ke dewan solat atau solat bersama jemaah…Bagaimana pendapat sahabat2 blogger?