Blog Action Day 2010: WATER

Posted on October 7, 2010

11



Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hari ni baru berkelapangan nak buka internet. Dua hari lepas sibuk sebab kena jadi AJK untuk seminar di UKM. Segalanya berjalan lancar dan hari ni Si Tukang Tulis nak bermalas-malasan di depan komputer. Ngehehehe…Kalau boleh hari ni nak bayar hutang BlogWalk sahabat blogger yang sudi bertandang ke FO walaupun tak update.
Tadi sempat menjengah blog Bro JoeGrimjaw (http://joegrimjow.blogspot.com) layan en3 HOT dia yang terbaru…jangan fikir yang bukan-bukan! Terbaca satu en3 pasal Blog Action Day. Si Tukang Tulis memang baru dalam dunia blogging dan baru nak belajar. Di sebabkan kerja Si Tukang Tulis banyak berkaitan dengan dunia akademik dan sains, Jadi sebahagian en3 Si Tukang Tulis memang agak membosankan…ish, mengarut jap.

Ok, Blog Action Day 2010 kali ini bertemakan WATER. Tema kali ini nampak ringkas tapi penuh dengan rahsia yang tersirat. Seperti di ketahui umum, Air merangkumi sebahagian besar BUMI kita, jasad manusia terdiri dari 70% air dan setiap hidupan memerlukan air untuk terus hidup. Kita di Malaysia harus bersyukur kerana kita jarang mengalami masalah air. Kekadang kita rasa sedih lagi bila hujan turun…Nauzubillahiminzalik…
Di bahagian dunia yang lain, air menjadi satu isu yang kritikal…. Tapi bagaimana dengan kita?Buang sampah di sungai dah menjadi kebiasaan. Tapi ramai kanak2 di bahagian dunia lain terpaksa menggali tanah hanya untuk mendapatkan secawan air…Tahukah kita? Pedulikah kita? Mari bersama-sama kita bermuhasabah diri sekejap…
Do We Care if they have no water to drink?
How did they survive without water?
Is This how we show our gratitude to Allah after all this modernization?