Ujian DNA: Camne bekait dengan Sosilawati di rogol?

Posted on September 25, 2010

0



Assalamualaikum…
Hari sabtu ni kene buat keje gak. tapi sebelum mula, Si Tukang Tulis nak mencatat jap. Pagi tadi terbaca surat khabar pasal kes kematian jutawan Sosilawati. Si Tukang Tulis pening sebenarnya macam mana Sosilawati boleh dikatakan dirogol sebelum di bunuh. Isu ni timbul sebab Si Tukang Tulis susah nak terima fakta rogol yang dilaporkan ahbar sebelum ini, kerana bagaimana kita nak tahu atau membuktikan bahawa arwah dirogol sebelum di bunuh sedangkan bukti tidak boleh di temukan secara hakiki. Bukti yang dimaksudkan adalah daripada segi video yang menunjukkan arwah dirogol oleh pembunuh sebelum di bunuh atau satu lagi kaedah dengan mengenalpasti kehadiran air mani suspek dalam faraj mangsa. Jika suspek mengaku pun, tiada bukti hakiki yang wujud maka susah nak sabitkan kesalahan (macam la org tu nak ngaku). Kalau ada tubuh mangsa dan ada air mani di temui dalam faraj, maka ujian DNA boleh dilakukan terhadap suspek. Tapi mangsa telah dibakar hingga tulang je tinggal! Camne nak dapat sampel air mani? 
Al-fatihah untuk mangsa yang terlibat.
Dalam kes siasatan polis, penggunaan Ujian DNA digunakan dalam mengenalpasti profil individu atau mangsa yang terlibat. Kalau kita tengok drama CSI: Miami atau sewaktu dengannya, ujian DNA digunakan apabila cebisan tisu asing di temui di kawasan kejadian sama ada di bawah kuku, rambut dan sebagainya ditemui di tempat kejadian. Maka Ujian DNA suspek akan dibandingkan dengan tisu tersebut. Dalam akhbar sebelum ini yang menyatakan suspek ke hospital untuk mengambil ujian DNA…untuk ape??? Jika pihak polis jumpa rambut atau kulit di tempat kejadian, mungkin boleh diterima…Proses ujian DNA ini bukanlah semudah yang disangka. ada banyak faktor yang mempengaruhi. Si Tukang Tulis dah berkecimpung dengan dunia DNA hampir 5 tahun. Banyak mehnah dan tribulasi walau nak kenal bakteria atau lebih dikenali sebagai kuman. Ini tak termasuk pengulangan yang perlu dilakukan. Lagipun tisu yang digunakan daripada tulang. Tisu daripada tulang tak sama dengan tisu dari otot atau darah. Kandungan jisim padu dia sangat tinggi dan ini antara yang menyukarkan proses pengenalpastian.
Maka di sini Si Tukang Tulis agak terkilan dengan metod penyampaian maklumat sebahagian akhbar tempatan yang tidak telus dan cermat dalam bekerja. Biarlah polis menyiasat dan mengeluarkan kenyataan rasmi sebelum menyampaikan berita agar maklumat yang di sampaikan tidak bercanggah dengan perkara sebenar. Kesannya, kita mungkin menyebabkan pihak ketiga terlibat sama dengan fitnah tersebut. Janganlah kita membuat andaian yang hanya menyebabkan keluarga mangsa terlibat bertambah sedih dan pilu. Cukuplah dugaan yang mereka hadapi. Berhati-hatilah dalam menyampaikan berita, takut berita yang disampaikan hanya fitnah semata-mata dan ada ramai blogger yang terjerat menyebarkan fitnah tersebut nanti…Fikirkanlah…
Posted in: MyDiary