Penggesek Gergaji: Ismail Jejaka

Posted on September 23, 2010

0



Assalamualaikum…

Dalam bersiap-siap pergi kerja pagi tadi sambil menonton Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Tetiba dengar muzik yang sangat menggamit telinga. memang layan ar. Ingat dia gesek biola. Sekali gergaji da! Inilah dia Ismail Jejaka, Si Penggesek Gergaji yang hebat. Dia gesek gergaji tu memang feel la, Menusuk kalbu membelai jiwa. Hahaha…Ismail jejaka sebenarnya sangat terkenal di persada antarabangsa dengan jumlah persembahan di beberapa buah negara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya. Apa yang menarik, menggesek atau memetik gergaji tidak semudah menggesek biola kerana biola mempunyai not-not yang tetap pada biola. hanya perlu di mainkan sahaja. Menggesek GERGAJI pula memerlukan kemahiran melentok-lentokkan gergaji bagi menghasilkan bunyi yang di mahukan. Sungguh Ismail Jejaka ini orang yang hebat, tapi kenapa susah nak cari dia dalam Uncle Google? Adakah media tempatan di Malaysia tidak sudi mengenengahkan orang yang berbakat seperti ini? Kenapa KAMI rakyat Malysia tak tahu akannya? Masa dengar kat MHI tadi, Katanya Ismail Jejaka akan mengeluarkan album. Padahnya, Si Tukang Tulis pergi kerja pukul 9 pg! (Takpe…Si Tukang Tulis bole masuk keje suka hati.hohohoho)

Jom Layan Petikan Gergaji daripada Ismail Jejaka.