Bagaikan Ulat jumpa Buku…

Posted on September 22, 2010

10



Assalamualaikum…


Antara Koleksi yang di bawa ke pejabat🙂

Malam yang hening…Dah lama Si Tukang Tulis tak melayan buku atau novel. Sekarang sibuk dengan seminar dan sebagainya di samping blog bertuah ni. Masa kecik-kecik dulu memang suka baca komik (sampai sekarang :p) Tapi sekarang dah tak beli dah, baca online je. Tak tau dah berapa banyak modal habis kat buku komik. sekarang dah takda, mak dah kitar semula.hehehe…

Si Tukang Tulis sangat berterima kasih dengan ibu sebab dia lah yang menanam benih minat membaca. Pada mulanya Ibu belikan komik Doraemon, antara komik yang membawa pemikiran kanak-kanak jauh melangkaui zaman. mereka. Tu yang men sorang-sorang kat umah nek mesin masa pg zaman Dinasour ;p hehehe…Nak cerita pasal Doremon ni bole Overload en3 ni jadinye…Apa yang Si Tukang Tulis ingin kongsikan, peranan Ibu Bapa sangat penting dalam menanam amalan atau tabiat yang baik. Dalam kes Si Tukang Tulis, Ibu sanggup melabur beli komik bagi menanam sikap suka membaca dalam diri Si Tukang Tulis. Kekadang sebulan sampai 2-3 buah komik! Dah beriban-riban duit yang di laburkan. Walau bagaimanapun,Ternyata pelaburan itu tidak disiakan kerana kini Ibu hanya tersenyum bila melihat Si Tukang Tulis baca buku sampai tak bole tido!(Camne leh tau ibu senyum sedangkan dia tido???)

Bila masuk sekolah menengah, Si Tukang Tulis mula berminat dengan novel. Tapi bukan semua jenis novel.  Novel cintan-cintan kurang sikit. Sebahagian besar koleksi Si Tukang Tulis terdiri daripada novel fantasi, pengembaraan, old style adventure, kisah-kisah mistik dan magis…Novel pertama yang Si Tukang Tulis beli ialah novel inggeris, Harry Potter and the Sorcere’s Stone. Masa ni novel tu murah lagi. dalam RM 35. Sekarang siri novel Harry Potter yang menjadi kegilaan mula ditayangkan. Yang tak best-nye sebab siri novel tu dah habis. Bermula dari sebuah buku inilah Si Tukang Tulis mula mengumpul sebuah demi sebuah novel-novel fantasi. Sehingga kini, ada yang hilang sebab ada orang pinjam dan Si Tukang Tulis lupa sape yang pinjam (Hehehehe…)
Satu je masalah bila baca novel jenis ni…tak nole nak berenti. Lepas satu bab, nak tau apa jadi dalam bab seterusnya. Mula-mula kata sejam lagi, habis sejam tambah sejam lagi dan berterusan hingga Suboh! Sampai satu tahap, esok ada paper exam, malam tu lepas jenuh tengok nota kuliah, ingat nak mengantokkan mata dengan baca novel. Akibatnye, tak tido sampai nak masuk dewan peperiksaan! (Habis jawap terus tertido, da la dewan tu sejuk je…sape stuent UKM, mesti tak suka dok bawah air-cond…tapi tu la tempat yang paling Si Tukang Tulis suka) Hahahaha…!!!
Hingga kini, Si tukang tulis fobia nak baca novel :p tapi bila pegi Alamanda, mesti nak masuk MPH…pusing dekat 30 min. Kalo bernasib baik keluar tanpa buku…Tapi kalo da jumpa novel yang best…Den Boli…Tak duli dah! Tapi peram sampai satu tahap matang baru nak baca. Bila da baca nanti takle berenti. Bahaya…sekarang dah keje.Hahaha…Kalo ada masa Si Tukang Tulis bagi sinopsis sikit buku-buku yang menarik. Berikut adalah antara koleksi yang Si Tukang Tulis ingat nak letak…

  • Harry Potter, J. K. Rowling (7 siri semuanya) -Ni buku yang paling diminati🙂
  • The Inheritance Cycle, Christopher Poalini (Eragon*, Eldest & Brisngr…) *Si Tukang Tulis beli buku ni sebelum dijadikan filem-Buat satu sinopsis panjang untuk subjek pengurusan emosi. Pastu buat jangkaan ia akan dijadikan filem!
  • Imam, Abdullah Hussin (Novel keagamaan yang sangat menarik kerana gaya penceritaan yang banyak memberi pengajaran di samping membincangkan perkara-perkara agama yang kita rasa betul tapi salah dan kita rasa salah tapi sebenarnya betul. Berakhir dengan kematian…!
  • A.D.A.M , Ramlee Awang Murshid (Pengarang hebat! ada banyak lagi buku-buku dia yang menarik)- ADAM ni cite bekas sniper jadi pelarian di bumi Uncle Sam, dituduh melakukan jenayah yang sebenarnya dilakukan oleh…?
Hohoho…panjang la pulak. Kita sambung lagi lain kali ye🙂

Ulat beluncas merangkak-rangkak,
Berpenat lelah demi daun muda,
Ibu bapa janganlah lokek atau menolak,
Untuk anak di hari kunjung tiba,
 
Posted in: MyBook, MyDiary