Memoir of A Painted Wall

Posted on September 20, 2010

21



 Assalamualaikum…

Kalau tengok tajuk En3 hari ni, pelik tak? Ok, untuk pengetahuan semua, Painted Wall yang dimaksudkan adalah lukisan yang ada kat rumah Si Tukang Tulis. Lukisan rumah kampung di tepi sungai. Lukisan ini dibuat oleh ibu Si Tukang Tulis, Rashidah Aspan pada tahun 1975 hingga kini. Kalau masa Si Tukang Tulis kecik-kecik dulu, Tu la tempat Si Tukang Tulis ber’seni’ sampai kena marah ngan ibu. Lukisan ni telah menjadi sebahagian daripada hidup Si Tukang Tulis…Sedih bila beberapa tahun lepas, separuh lukisan ini terpaksa di gadai bagi memberi laluan sebuah pintu!
Ni gambar raya tahun 2010 Si Tukang Tulis bersama ayah, Hj. Sairi Hj. Dahlan dan Ibu, Rashidah Aspan. Kat belakang tu Painted wall yang tinggal separuh.

 Ni gambar Painted Wall yang penuh. Cantikkan? Selain dari Painted Wall ni, ada lagi beberapa lukisan yang dibuat oleh ibu dan masih tergantung di dinding rumah…dah berapa puluh tahun dah!
 Memoir of Painted Wall ini di tujukan kepada arwah kakak Si Tukang Tulis, Merani Mohd Sairi yang telah kembali ke Rahmatullah paa tahun 1998…Walaupun beliau mengalami sindrom down, beliau sangat menyayangi Si Tukang Tulis…Al-Fatihah…
Hakikat setiap yang bernyawa akan kembali kepada-Nya. Itulah janji Allah yang tidak akan dimunkiri untuk setiap hambanya. Adakah kita masih lalai dengan nikmat dunia dengan menjual nikmat akhirat? 
Seperti bunga mawar yang menawan,
ia akan layu dari hari ke hari,
Seperti insan yang hidup dalam kealpaan,
ia akan mati suau hari nanti.
Posted in: MyDiary