Amalan Kitar Semula rakyat Malaysia

Posted on September 19, 2010

10



Assalamualaikum…

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin…Nampak gaya ramai yang akan mula bekerja semula Isnin akak datang. Ramai yang akan mula sibuk dengan urusan masing-masing dan mencari rezki yang halal. Dalam kesibukan kita di dunia, janganlah kita lupa menyibukkan diri menambah saham akhirat (untuk ingatan si tukang tulis gak).

Kali ini Si Tukang Tulis nak buat survey tentang amalan kitar semula oleh rakyat Malaysia (Khusus untuk rakan Blogger sekalian). Survey ini bertujuan untuk mengumpul sedikit maklumat umum tentang apa yang kita semua buat terhadap sampah-sampah yang kita dah buang. Secara puratanya, dalam masa sehari, sebanyak 800 gram sampah dibuang oleh setiap rumah di Malaysia. Hal ini bermakna dalam masa sehari sahaja berat sampah yang dihasilkan oleh semua 27 juta rakyat boleh menghasilkan paling kurang 20,000 tan setiap hari. Jumlah sampah sebanyak itu boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) sekiranya tidak dikutip dalam tempoh 10 hari (ini tak kira bahan buangan industri-industri seperti pertanian, kilang-kilang dan sebagainya!). Pelbagai jenis kempen telah dilancarkan dengan besar-besaran tapi bagaimana dengan sambutannya?

Sesiapa yang tinggal di Selangor pasti tahu bahawa Sabtu dan Ahad telah menjadi Hari Tanpa Beg Plastik. Kempen yang telah berjalan lebih 6 bulan ini sememangnya ramai yang menyokong dan ada sebahagian yang bernada sinis “Kenapa nak jual beg plastik pada hari tanpa beg plastik?” Secara peribadi, Si Tukang Tulis merasakan kempen tersebut lebih banyak baiknya dari buruk. Ini sebagai satu didikan untuk rakyat menjadi lebih prihatin dengan isu alam sekitar. Bayaran 20 sen untuk pembelian beg plastik lebih kepada seperti ‘denda’ dan menjadi peringatan selain menderma (Sambil menyelam minum air lagi…hehehe). Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia lebih peka dengan isu alam sekitar.

Janganlah nak di bandingkan dengan orang luar negara yang sangat peka dengan isu-isu seperti ini. Kita kembali kepada ciri-ciri masyarakat malaysia terutamanya kepada kita yang beragama Islam. Islam adalah cara hidup yang sempurna. Bukan semata-mata ibadat je. Segala perbuatan kita telah diselaraskan oleh Islam. Kalaulah kilang ada SOP (Standard Operation Procedure), Islam pun da ada SOP beribu tahun yang lampau…Al-Quran dan As-Sunnah. Kenapa kita masih mempersoalkan keberkesanannya? Janganlah kita asyik mencari lobang-lobang jalan keluar untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, Cuba amalkan dulu dan tengok kesannya. Islam mahukan kita menjadi muslim dan mukmin yang menggunakan akal dalam segala perbuatan kita untuk mencari keredhaannya. Menggunakan akal bukan untuk mempersoalkan hakikat tapi untuk mencari kebenaran Hanya Allah sahaja yang layak disembah dan Muhammad itu pesuruh-Nya.

Alamak…ape benda merepek ni…apapun, semoga bahagia dan selamat menjawap survey.

Sila jawab survey dengan klik banner di atas header



Posted in: MyDiary, MyProject