Kalau macam ni lagunye…bole jadi Jutawan Internet nih!

Posted on September 15, 2010

8



Assalamualaikum…
Tekejut dan berterima kasih kepada Nuffnang…..
Baru semalam buat 1 en3 pasal dapat 2 BE. pagi ni tetiba cek dapat lagi 2 BE! Alhamdulillah. Sekarang ni pening camne tetiba dapat BE. Blog ni pun baru je. Jangan pasni terus menyepi BE nye dah le. hehehe. 
Walau apapun, aku bersyukur dan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat tatapan rerakan blogger. InsyaAllah, lepas ni akan cuba update untuk slot MyScience Article. Kalau rerakan berminat untuk bertanyakan sesuatu, silalah tulis di komen. Jika dalam bidang pengetahuan saya, saya akan cuba cari. Untuk itu, Slot MyScience Article lebih kepada perbincangan ilmiah. Banyak jurnal-jurnal sains yang mungkin ramai tak berminat untuk membaca kerana bahasa yang digunakan dalam bahasa ‘sains’. Maka, MyScience Article akan cuba mengupas dari sudut pandangan umum. Ada juga istilah yang sering di salah tafsir terutama dalam media arus perdana maka kami merasa satu tanggungjawab untuk memperbetulkan kembali fahaman umum. InsyaAllah…
Dalam masa yang sama, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca Furdunesia@nline yang telah banyak memberi inspirasi untuk kami menulis di sini. Teruslah menyokong kami. hehehe. Sebagai tanda penghargaan kepada Nuffnang, Furdunesia@nline akan terus menyokong anda…!!!
Posted in: MyDiary, MyNuffnang