Aidilfitri di Malaysia dan amalan sunnah di Aidilfitri

Posted on September 7, 2010

0



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, lagi beberapa hari kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin, minta halal kalau ada hutang-piutang yang dahulu kala hingga kita lupa, dan memohon keredhaan dari sahabat-sahabat yang mengenali Mohd Fareed Mohd Sairi di dunia dan alam maya ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga Aidilfitri kali ini membawa 1001 keberkatan dan pembaharuan kepada kita semua untuk menjadi Insan yang berguna dan di redhai Allah S.W.T di masa akan datang.
Menjelang Aidilfitri ini, sudah menjadi satu budaya rakyat Malaysia untuk membuat pelbagai jenis persiapan raya seperti memborong kuih-kuih dan biskut-biskut, membeli baju raya, menghias rumah, membeli stok mercun dan bunga api (yang ni jgn buat. nanti kene tangkap.hahaha) dan semestinya membuat aksi-aksi drift di highway untuk balik kampung. Sebagai peringatan, berpada-padalah dalam berbelanja dan segala persiapan yang dilakukan agar amalan kita untuk beribadah semasa melakukan semua persiapan tidak bertukar kepada amalan-amalan menyoroti tuntutan nafsu kita. Elakkan pembaziran, berlebih-lebihan dari kemampuan dan berlakon jadi Michael Schumacher di highway. hehehe.
Sempena Aidilfitri, marilah kita berkongsi sedikit fakta tentang amalan-amalan sunnah di Aildilfitri yang diamalkan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk menjadikan Aildilfitri lebih dari sambutan  semata-mata kepada ibadah mencari keredhaan Allah. Diambil dan diolah daripada Majalah I Bil 95/Sept 2010.
Definisi Aildilfitri
Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari (raya) yang mereka bermain –main padanya. Rasulullah bersabda: “ Apa ‘(yang kalian lakukan) dengan dua hari itu??” Mereka menjawab: “ Kami bermain-main padanya waktu kami jahiliah” MAka Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian dengan yang lebih baik dari keduanya iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri” –(sahih riwayat Abu Dawud : 1004)
Hukum Solat Aidilfitri
Dalam membincangkan solat aidilfitri, terdapat 3 pendapat iaitu sunat, fardu kifayah dan fardu ain. Dalam suasana di Malaysia, kita menggunakan hukum yang ketiga berdasarkan satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim;
Dari Ummu ‘Athiyah ia mengatakan: “ Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk mengajak keluar (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha iaitu gadis-gadis, wanita yang haid, dan wanita yang dipingit. Adapun haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan dakwah muslimin. Aku berkata: “ Wahai Rasulullah, Salah seorang daripada kami tidak mempunyai jilbab” Nabi menjawab: “ Hendaknya saudaranya meminjamkan jilbabnya”- Sahih, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
#Perintah Nabi s.a.w yang menyuruh semua perempuan menuju ke tempat solat (perintah solat kepada yang tidak uzur) hatta yang tidak mempunyai jilbab perlu meminjam dari rakannya.
#Aidilfitri menggugurkan solat jumaat apabila keduanya bertepatan dalam satu hari. Sesuatu yang tidak wajib tidak mungkin menggugurkan suatu kewajipan-(Majmuk Fatawa, 24/179-186, As-Sailul Jarrar, 1/315 dan Tamamul Minnah, m/s 344)
Mandi sebelum Solat Aidilfitri
“Dari Malik dari Nafi’, ia berkata bahawa Abdullah bin Umar dahulu mandi padi hari Aidil Fitri sebelum pergi ke tempat solat(tanah lapang).” – (Sahih, Riwayat Malik dalam al-Muwaththa dan imam asy-Syafie’ dalam al-Umm
Memakai Wangian dan memakai pakaian yang baik/bagus
Al-Baghawi berkata: “ Disunnahkan untuk mandi di hari Id. Diriwayatkan dari Ibnu Umar dan Salamah bin Akwa dan agar memakai pakaian yang paling bagus yang dia dapati serta agar memakai wangian.” -(Syarhus Sunnah, 4/303.
MAkan sebelum berangkat Solat Aidilfitri
Dari Anas bin Malik ia berkata: Adalah Rasulullah tidak keluar di hari raya Aiil Fitri sebelum baginda makan sebiji kurma. Murajja’ bin Raja’ berkata: Abdullah berkata kepadaku, ia mengatakan bahawa Anas berkata kepadanya: “ Nabi memakannya dalam jumlah ganjil.” (Sahih, HR Bukhari, Kitab Al-‘Idain Bab Al-Akl Yaumal ‘Idain Qabla Khuruj)
# Dalam kitab Fathul Bari karangan Ibnu Rajab, 6/89, beliau menyebutkan hikmah dalam aturan yang disebutkan para ulama bahawa:
  • Menyelisihi Ahlul Kitab yang tidak mahu makan di hari raya sehingga mereka pulang
  • Untuk menampakkan perbezaan dengan Ramadhan
  • Kerana sunnahnya Solat hari raya Aildilfitri lebih siang (dibanding dengan AidilAdha) sehingga makan sebelum solat itu lebih menenangkan jiwa. Solat Aildil Adha sunnah segera dilaksanakan
#Makanan yang dimaksudkan adalah dalam nilai yang sederhana dan tidak membawa kepada kemudaratan atau kesusahan untuk bersolat
P/S: Kepada semua rakan blogger, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin