Kad Raya daripada NorGadis.blogspot

Posted on September 4, 2010

4



Assalamualaikum…

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidilfitri. Semakin hari semakin dekat masanya kita nak berpisah dengan kekasih kita semua…Bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan, Mungkinkah kita akan bertemu semula pada tahun akan datang? 
Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku agar ku bertemu lagi dengan Ramadhan, Kau berkatilah umurku dan hidupku selepas Ramadhan kali ini seperti mana Kau telah lakukan pada hamba-hamba-Mu yang lain…
Kepada semua rakan blogger, alam maya ini telah banyak memberi kita kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, hendaklah kita beringat segala perbuatan kita akan dihisab oleh yang Maha Esa. Maka hindarkan diri daripada menyebarkan fitnah dan berita yang tidak sahih. Jadikanlah blog ini satu wadah atau platform untuk kita menambah amal kebajikan kita dengan berkongsi ilmu bermanfaat serta berpesan-pesan antara satu sama lain.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan blogger yang telah banyak memberi aspirasi penulis dalam menghiasi MyThought ini sepanjang 2 bulan yang lalu. terima kasih diucapkan…Anda adalah inspirasi saya🙂 Mohon maaf jika ada salah dan silap selama kita berkenalan🙂



Kad raya dari cik NorGadis http://norgadis.blogspot.com

p/s: ni n3 kehadapan sebab takut tak sempat nak buat n3 raya.ngehehe

Posted in: MyDiary