PhD= Philosophy Doctor @ Permenant Head Damage???Music therapy

Posted on September 2, 2010

4



Assalamualaikum…
Kepada semua pembaca MyThought, apa khabar? Anda rasa diri anda bahagia hari ini? Adakah anda sedih bila Ramadhan hampir tamat? kali ini saje nak conteng dalam MyThought🙂 kepala dah mendidih baca artikel dari tadi. Sekarang tengah sibuk nak buat proposal untuk sambung belajar dalam bidang Bioprocess engineering…bidang yang jauh daripada apa yang dipelajari masa ijazah sarjana muda dulu :s Patut la ada orang menyamakan PhD dengan permanent head damage! Kalo dulu major biology tapi bila nak sambung belaja kene buat engineering??? Bole ke ni….adoi. tu la yang di risaukan. Macam-macam istilah baru masuk kepala pagi ni… continuous culture, batch culture, feed-batch culture. Tu baru asas je tu…sambil buat proposal ni dengar nasyid dr kumpulan raihan dengan maher zain.

Ok, lupakan pasal PhD, nak cerita pasal kesan bunyi atau muzik kepada otak atau kehidupan kita. dari segi pengalaman,  didapati apabila kawan buat kerja atau menulis sambil mendengar lagu atau instrumental, kawan akan melakukannya dengan lebih laju, semangat dan tepat. Dah banyak situasi yang kawan alami terutamanya apabila nak exam dulu. Secara zahirnya, gelombang bunyi mampu mempengaruhi corak pemikiran kita bergantung kepada jenis gelombang bunyi yang didedahkan. Bukan sekadar itu sahaja gelombang bunyi juga mampu mempengaruhi koordinasi keseluruhan tubuh badan.
Dalam satu artikel, kajian menunjukkan muzik mampu mempengaruhi tahap pemikiran dan kesihatan seorang individu. Kini, musis therapy juga telah menjadi popular di kalangan ahli terapi dan juga hospital dalam membantu pesakit mengawal kestabilan mental seterusnya membantu dalam proses pemulihan bukan sahaja mental, malah secara fizikal. Mari kita lihat bagaimana muzik mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal kita.
Gelombang otak: Dalam satu kajian, tempo muzik yang ‘kuat’ dan ‘tajam’ berupaya untuk mengaruh gelombang otak agar bergetar mengikuti irama tersebut. Ini memberikan individu tersebut tahap konsentrasi yang lebih baik dan lebih peka dalam melakukan sesuatu. Tempo muzik yang lebih rendah pula membawa kepada getaran yang lebih tenang. Kesan yang diperolehi ini kekal buat satu jangkamasa yang panjang walaupun kita berhenti mendengarnya.
Pernafasan dan degupan jantung: Oleh kerana proses pernafasan dan degupan jantung di kawal oleh minda separa sedar, tempo muzik juga akan mempengaruhi gelombang otak yang mengawal proses-proses tersebut. Tempo yang perlahan akan memberikan ketenangan seterusnya membawa kepada penurunan kadar degupan jantung dan pernafasan. Maka, muzik yang perlahan sesuai untuk merawat stress yang dialami oleh seseorang seterusnya menambah baik tahap kesihatan seseorang.
Minda terkawal: Kesan pengaruh gelombang bunyi terhadap otak membantu kita mengawal minda dengan lebih baik. Ini kerana penyusunan semula proses pemikiran kita disebabkan oleh gelombang otak yang berubah mengikut rentak muzik yang didengari. Ini seterusnya menjadikan minda kita lebih segar, kreatif dan sukar untuk mengalami stress.

Terdapat banyak lagi kebaikan yang diperolehi dengan menjadikan muzik sebagai alat mengawal minda kita. walau bagaimanapun, pemilihan muzik juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, sebahagian muzik-muzik heavy metal mempunyai gelombang yang caca-merba dan ini seterusnya membawa kepada keadaan mental yang tidak teratur. berbanding muzik seperti kitaro atau sebagainya yang mampu bergetar dengan gelombang otak kita dengan lebih tersusun.Jika nak lebih ‘power’ cuba dengar bacaan al-Quran daripada imam-imam di Mekah. Alunannya sahaja sudah cukup untuk memberi kesan bukan sahaja kepada mental, malah spiritual!

Rujukan: Music Therapy