Selamat Berjuang Sahabatku…..

Posted on August 30, 2010

4



Assalamualaikum…

Hari ni dah masuk 10 Ramadhan terakhir, terasa sedih bila Ramadhan dah nak tinggalkan kita semua. Adakah kita masih berpeluang berjumpa dengannya pada tahun hadapan?Semoga kita semua menggunakan 10 Ramadhan yang tinggal ini sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, sempena menjelangnya aidilfitri, saya nak pohon maaf kepada semua sahabat dan kenalan. Maafkanlah jika ada tersilap dan salah, terasa atau sebagainya. Minta halal dan tuntutlah hutang jika ada…sebelum roh meninggalkan jasad ini, saya minta maaf dan minta halal segalanya…
Sabtu lepas, seorang sahabat telah selamat pergi ke Australia untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD di University of Sydney. PhD Pharmacy dalam Pharmacogenetic. Terasa sebak sebab dia pergi meninggalkan daku…huhuhu…Tadalah…gurau je🙂 memang sedih sebab tak dapat join dia sambung belajar. tapi percayalah…akan ku turuti langkahmu untuk menyambung PhD. Kepada Herry, jika kau baca entri ni, Tahniah dan semoga kau sihat sejahtera. Janganlah bersedih di kala aidilfitri nanti (hohoho…dengki gila :p) Mesti bersungguh-sungguh belajar. Jangan ambil hati kalau di kritik atau di tegur. Jadikan ia batu loncatan untuk maju ke hadapan. Kita pasti akan merevolusikan BsBt apabila kita memerintah nanti. Ngahahaha (jahat gile). Dalam kesempatan yang sama, tunggu lah keberangkatan aku pulak untuk menemani kau di aidilfitri tahun depan…hehehehe…kalau umur panjang dan murah rezeki🙂
Aku dan Herry bersama Hetty dan rakan-rakan lab Dr Nik Marzuki Sidek
Terima kasih kepada Herry sebab belanja kami semua Nasi Arab di South City Plaza
Dr Nik Marzuki menyampaikan ‘harapan’ dan ‘pendinding’ sebagai bekalan semasa belajar di University of Sydney
Dr Nik Marzuki dan Herry di KLIA sabtu lepas
Herry, Hetty dan Kak Mcna
Senyum di sebalik hati yang berat meninggalkan keluarga dan rakan-rakan
“Selamat jalan Herry, Belaja sungguh-sungguh. Jap lagi aku sampai sana jangan ko tak sambut lak!”
“Ya Allah, permudahkanlah perjalanan sahabatku dalam menuntut ilmu-Mu, Berkatilah perjalanan beliau dan jagalah Iman dan Islam beliau daripada dugaan dan fitnah dunia.
 Kau permudahkanlah juga perjalanan ku untuk menuruti langkahnya dalam masa yang terdekat ini Ya Allah…..Amin Ya Rabb al-amin”


p/s: Sebelum lupa… Herry, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan buat pertama kalinya

Posted in: MyDiary