Malas nak taip kat shoutbox

Posted on August 25, 2010

1



Assalamualaikum….
Ramadhan semakin hari semakin hampir nak meninggalkan kita…sedihnya…Bulan yang penuh dengan pelbagai hikmah dan rahsia. Hanya orang-orang yang bertuah dan bertakwa sahaja yang akan mendapat untung darinya? Adakah aku termasuk dalam golongan tersebut? adakah kita semua termasuk dalam golongan tersebut? marilah sama-sama kita berdoa agar kita sebahagian dari mereka yang Allah janjikan ganjaran yang besar darinya…Amin..
Dalam masa yang sama, nak berkongsi sedikit tentang perkara yang baru dipelajari hari ni. Selalunya malas nak menaip atau sentiasa mencari jalan mudah yang boleh memberikan hasil yang sama atau lebih baik dalam bekerja. Salah satu perkara yang aku malas ialah menulis di shoutbox (hahaha…kantol dah). Walau bagaimanapun, pagi tadi terjumpa satu tools untuk firefox yang membolehkan kita memberi komen tanpa menaip. Jengah blog, tekan butang dan terus hantar…tiada perlu menaip. Tools yang dimaksudkan ialah easycomment add-on daripada firefox…hanya pelayar web firefox je boleh guna.  Mungkin benda ni dah lama orang tau dan hanya aku je yang dok bawah tempurung :p Tapi ia hanya sekadar perkongsian🙂 kepada yang berminat boleh ambil di easycomment add-on dan dipasangkan kepada pelayar web firefox (auto install).

Lepas install, kita boleh setup komen2 yang hendak kita gunakan semasa blogwalking dan disimpan. semasa kita blogwalk, pada hujung bawah sebelah kanan firefox akan ada easy comment tu. kita hanya perlu pilih setup yang hendak kita gunakan dan hanya perlu tekan untuk mengisi shoutbox. setakat ni dah cuba dan bole tahan ar🙂 cuma hanya berkesan kepada shoutmix atau comment post. jadi masih ada kekurangan. Walau bagaimanapun, ia tetap memudahkan aku blogwalk dan dalam masa yang sama ingin berkongsi dengan anda semua.

Terima kasih sebab sudi membaca🙂

Posted in: MyDiary, MyInternet