Anugerah MyUnique Blog

Posted on August 25, 2010

12



Assalamualaikum…

Buat pertama kali MyThought bercadang untuk memberikan Award yang simple ini kepada rakan blogger lain. Award ini dipanggil MyUnique Blog Award dan dihadiahkan kepada blog yang membawa atau mempunyai identiti yang unik dan jarang dijumpai sepanjang perjalanan MyThought. Tujuan MyThought mengadakan award ini adalah untuk memberi penghargaan kepada rakan blogger yang telah bersusah payah menghasilkan blog dan entri-entri yang banyak memberi kesan kepada pembacanya (terutama si pemberi). Selain itu, ia juga untuk memperkenalkan dan mempromosikan blog rerakan yang telah diberi award ini. Sebagai tanda penghargaan MyThought, terima kasih diucapkan kepada penerima-penerima. Anda semua merupakan sumber inspirasi MyThought untuk menjadi lebih baik!

Kepada semua penerima award ini, MyThought mengucapkan Tahniah dan Terima kasih dalam menghasilkan Blog anda yang unik. Teruskan usaha anda dan kongsilah award ini bersama rakan-rakan yang lain.

Blog cik Anis ni banyak bercerita tentang kucing yang menemani hidupnya sama ada di rumah ataupun semasa di universiti (secara haram). Menceritakan kisah Cik Tam dan anak-anaknya serta mencari tempat untuk menumpangkan anak-anak Cik Tam sepanjang cuti semester. ada yang nak tolong?
Blog Koz banyak berkongsi info mengenai blog tutorial dan tips dunia blogging. Unik blog koz ni sebab dia banyak hasilkan artwork dan widget-widget comel yang boleh diletakkan di blog anda. nak tempah buat banner pun bole.hohoho
Blog cik chybee ni banyak berkongsi pengalaman hidup menuntut ilmu di luar negara. Banyak berkongsi gambar-gambar yang cantik dan travelognya di luar negara.
Blog Bro Wanzi ini pun special gak sebab dia banyak kongsi macam-macam cerita tentang agama, peribadi dan internet di samping blog tutorial nya yang menarik dan mudah di aplikasikan
Blog Ustaz love….bukan blog pasal cinta tetapi blog islamik yang kaya dengan ilmu. Ustaz love banyak berkongsi kisah pengalaman hidupnya di samping menyelitkan unsur-unsur agama dalam setiap entri-entri nya. kadang-kadang satu hari sampai 2-3 post! Unik kerana pembawakan ustaz love yang bersahaja dalam menulis dan menyampaikan ilmu agama.
Itulah dia 5 blog unik yang dipilih MyThought kali ini. kepada rakan blogger yang lain, sudi-sudilah menjenguk blog mereka.
“Anda semua menjadi Inspirasi kepada Kami untuk terus berkarya”
p/s: kepada penerima awards, jika anda sudi atau berkesempatan, buatkan satu entri di blog anda dan berkongsi senarai penerima yang lain (Boleh je copy n paste dari entri ini). Di samping menjemput tetamu ke blog mereka, kita juga dapat berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat dari mereka juga. Anda juga boleh gunakan award ini untuk di beri kepada rakan blogger yang anda rasa mereka juga unik dan mempunyai identiti mereka sendiri.
Posted in: MyUnique Blog