Anda tau apa itu OBELISK? Jom kita renung2kan…

Posted on August 18, 2010

10



Assalamualaikum….
Sudah seminggu kita berpuasa. Marilah bersama-sama kita bermuhasabah, apa yang telah kita capai setelah hampir 1/3 Ramadhan kita lalui. Adakah kita telah menjadi lebih baik?Atau masih sama seperti sebelum ramadhan?Marilah bersama kita memperbaiki niat kita, amalan kita dan tutur bicara kita. Agar segala amal perbuatan kita yang baik di terima Allah sebagai ibadah dan marilah kita bersama mengimpikan keredhaan-Nya serta bertemu dengan malam Lailatul Qadr. Semalam baru menerima khabar sedih daripada seorang sahabat, Ayah kepada Dhiya Hasyati (rakan seperjuangan semasa di UKM) telah pergi menghadap Illahi…betapa bertuahnya dapat meninggalkan fitnah dunia di kala Ramadhan ini…Wahai sahabatku, bersabarlah atas apa yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang hidup pasti akan kembali menghadap-Nya, Hanya amalan dan ibadah yang menjadi bekal. Yakinlah bahawa satu hari nanti kita semua juga akan pergi menghadap-Nya…
Firman Allah S.W.T.:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Ali-Imran (3): 185


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Innalillahiwaraji’un
Sun Pillar yang menjadi contoh pembinaan OBELISK

Sementara itu, saya nak berkongsi satu emel yang baru saya dapat berkenaan struktur binaan yang di namakan OBELISK (selalu jumpa dalam game). Mari bersama-sama kita renungkan dan bertanyalah pada diri sendiri sama ada kita sudah bersedia menerima janji-janji Allah. Intipati yang ingin di sampaikan adalah berkenaan persediaan kita mengahadapi kematian. Jom layan powerpoint di bawah🙂

Konspirasi Dunia- Obelisk

Posted in: MyDiary