Tau tak….kebaikan Solat dari perspektif sains??? Bhg.1

Posted on August 11, 2010

14



Assalamualaikum…

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni, Saya ingin mengambil peluang untuk minta maaf dan minta halal makan minum daripada sesapa sahaja yang ada terasa atau terhutang.Kalo nak tuntut, silakanlah sebelum roh meninggalkan jasad ini…(org yang berhutang sahaja…ngehehe). Lama gak takda entri baru untuk MyThought…maka di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang rahsia sains di sebalik Solat yang kita lakukan seharian. Semasa bulan mulia ni, pasti ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menambah amalan2 kebajikan sama ada wajib atau sunat. Kita percaya yang Solat menjadi salah satu rukun Islam dan merupakan tiang agama…Dalam masa yang sama, ada antara kita lalai dengan Solat yang sering kita lakukan…Mungkin ramai di kalangan kita yang sempurna solatnya dan ada sebahagian yang lain pula kurang sempurna. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak rerakan semua berbincang mengenai kebaikan solat yang sempurna terhadap kita sebagai satu peringatan untuk diri saya sendiri dan mudah2an memberikan sedikit manfaat kepada rerakan blogger muslim semua.
Minggu lepas, Saya terjumpa buku yang memang saya cari selama ini…Kebaikan Solat dari Perspektif Sains terbitan Universiti Malaya. Pengarang buku terdiri daripada 2 penulis muslim, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dan Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas serta seorang NON-MUSLIM, Ng Siew Cheok. Ketiga2 penulis ini terlibat secara langsung dalam satu kajian yang dilakukan di UM untuk membuka pintu2 rahsia mengenai kebaikan solat terhadap tubuh badan kita….
Kebaikan Solat terhadap Komposisi Badan
Saya akan cuba meringkaskan isi2 penting dan untuk perbincangan yang lengkap, Rerakan bolehla beli buku ni di kedai buku.Hehehe…bahagian ini membincangkan mengenai tabiat2 lazim yang dilakukan dalam bersolat dan kesannya kepada kesihatan badan. secara umumnya, 
Kajian dijalankan berdasarkan 3 parameter yang telah ditetapkan
  • Sudut fasa-ukuran terhadap ketelapan membran sel. Kadar ketelapan yang tinggi sebagai tanda aras kesihatan yang baik (bendalir dalam sel tinggi/bendalir luar sel rendah)
  • Kapasitan badan-kadar keupayaan sel menyimpan tenaga. Kadar kapasitan yang tinggi sebagai tanda aras kesihatan yang baik.
  • Rintangan-Rintangan berkait rapat dengan kekenyalan salur darah. Rintangan yang rendah menandakan salur darah yang lebih kenyal dan melancarkan darah yang mengalir seterusnya mengelakkan penyakit darah tinggi, jantung, dan strok
 Parameter tadi diukur berdasarkan 5 tabiat solat sempurna
  • Amalan solat 5 waktu
  • Tahap bacaan dan pemahaman bacaan semasa solat
  • Solat secara berjemaah
  • Kedudukan tulang belakang yang lurus semasa rukuk selari dengan punggung dan kepala
  • Jari kaki yg dibengkokkan semasa sujud, duduk tahiyat dan duduk antara dua sujud
Klik gambar untuk besarkan
Dalam Kajian yang telah dilakukan, mereka yang mengamalkan 4-5 tabiat solat yang sempurna mempunyai kadar kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. secara khususnya, mereka yang menunaikan solat 5 waktu sehari lebih sihat berbanding yang tidak sempurna. Selain itu, mereka yang memahami bacaan dalam solat mempunyai bacaan sudut fasa, kapasitan badan dan jumlah bendalir yang meningkat dan nilai rintangan yang menurun berbanding mereka yang tidak memahaminya.peningkatan bendalir dalam sel juga membantu melancarkan perjalanan darah terutamanya ke otak dan ini seterusnya membekalkan kandungan oksigen yang cukup. Kesannya, mereka boleh berfikir dengan lebih rasional dan sentiasa tenang menjalani kehidupan seharian.
Dalam kajian ini juga, Para penyelidik telah membuktikan bahawa mereka yang bersolat secara berjemaah mempunyai sudut fasa dan kapasitan yang tinggi berbanding yang solat sendirian. ini kerana, solat berjemaah menggalakkan persentuhan antara jemaah yang membolehkan pengaliran cas2 elektrik dalam badan dan seterusnya mengimbangkan cas2 tersebut (cas ada positif dan negatif) keseimbangan cas dalam badan seterusnya meningkatkan keupayaan sel untuk menyimpan tenaga dan menjadikan badan lebih bertenaga. Di samping itu, nilai rintangan turut menurun dan menyebabkan pengaliran darah yang lebih lancar ke seluruh badan dan menghindarkan tubuh daripada penyakit2 seperti stress dan sebagainya
klik untuk besarkan
Di samping itu, para penyelidik juga mengkaji tahap kesihatan mereka yang mengamalkan rukuk yang sempurna 90 darjah (selari punggung, tulang belakan dan kepala) serta duduk tahiyat dan duduk antara dua sujud dengan membengkokkan jari kaki kanan. Amalan rukuk yang sempurna serta dengan menegakkan tulang belakang telah terbukti mampu mengurangkan risiko serta menjadi terapi sakit pinggang (tak percaya? Cuba buat…saya dah cuba dan ternyata rasa kelainannya, Sakit pinggang ni memang terkenal kat Malaysia.ngehehe) manakala amalan membengkokkan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat nyata memberikan kesan signifikan pengurangan jumlah lemak dalam badan dan mereka juga mendapati peningkatan jisim lemak kepada mereka yang tak melakukannya…(patotla badan jadi camni…)

Rujukan: Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok, 2009. Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya.

Nampaknya gaya macam da banyak la pulak…tapi ada lagi yang nak dikongsi. Jadi kita bincang pada entri akan datang. Saya harap rerakan Blogger sudi berkongsi dengan rerakan yang lain sebagai salah satu usaha kita menggalakkan orang bersolat dengan lebih sempurna.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
(Jika ada yang sudi berkongsi entri dengan saya, silakan dan jika tidak keberatan, letak sekali banner seperti di bawah ni….
Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

“Segala ilmu dan isi alam ini adalah Hak Milik Allah,
Sebarkanlah agar ia memberi manfaat kepada yang lain.
Kita hanya meminjamnya sahaja”-MyThought-
Posted in: MyScienceArticle