My 1st Time in life….to meet a Nobel Laureate!

Posted on August 4, 2010

12



Assalamualaikum…

Kali ni update awal skit…nak kongsi pengalaman yang paling seronok. Semalam masa jaga makmal Teknologi DNA Rekombinan, Herry bgtau yg ada org jemput pegi dengar talk dalam satu forum…Felda innovation forum…yg bagi talk ialah penerima Nobel Laureate…a living legend ma!…Herry pun tanya “ko nak pg tak forum ni?” aku pun taktau apa kene time tu…aku jawap “jomla, apa salahnya”. Jadi petang dalam pkl 5.15ptg aku cabut jaga lab, Dr. Wan tanya nak pg mana? aku jawab nak g function…ngeheheheh…pastu dia balas balik…siap cakap dgn En. Jas “Jas, lum jadi Dr dah ada function” aku pun tesenyum2 je la. ngahahaha…jgn marah eh Dr🙂 takpe Dr, bukan selalu🙂 Masa dalam perjalanan memang sungguh mencabar…dah la pg time org balik keje, memang jam je la.da nak putus asa sbb forum stat pkl 6 tp kteorg masih kat tgh jalan lg…takpe2, sabar…sabar…dalam kul 6.20 kita org sampai. seb bek lum telepas nobel laureate nye talk :)Tak penah umur aku mimpi dapat jumpa dgn penerima Nobel Laureate…
Tapi tahukah anda apa dia Nobel Laureate?
Ni Buku program dia…punya la ramai polis kat situ. nak amik gambar siap tanye dulu. 
“Bole amik gambar tak ni En?”

Nobel Laureate
Anugerah Nobel ni bermula selepas kematian hartawan Alfred Nobel. Beliau mewasiatkan agar keseluruhan hartanya dilaburkan dan keuntungan pelaburan digunakan dalam bentuk anugerah kepada mana2 individu semasa hidupnya melakukan sesatu yg memberi manfaat kepada manusia. Anugerah tersebut di bahagikan kepada beberapa bidang2 utama antaranya dalam bidang perubatan…bayangkan, anda dianugerahkan Nobel kerana melakukan sesuatu yg memberi manfaat kepada manusia…camne tu?

Rujukan di: Nobel Laureate

Prof. Dr. Barry J. Marshall-Pemenang Anugerah Nobel dlm bidang perubatan

Prof. Dr. Barry dan rakannya Prof. Dr. Warren mendapat Nobel kerana penemuan mereka terhadap bakteria yang menyebabkan ulcer dan kanser dalam perut, Helicobacter pylori. Penemuan yang dibuat dikatakan memberi impak yang sangat mendalam kepada populasi manusia berbanding penemuan vaksin. Ini kerana sebahagian besar populasi manusia di duni mempunyai risiko menghidapi penyakit tersebut terutamanya di negara2 yang menyediakan air yang kurang bersih…

Rujukan di: Acedemy of achievement
Peringkat awal penemuan

Dr Barry telah bertemu Dr Warren semasa praktikal di Royal Perth Hospital pada tahun 1981. Mereka sangat berminat untuk mengetahui bagaimana ada bakteria (H. pylori) boleh hidup dalam perut yang berkeadaan asidik. sedangkan kita biasa tahu asid perut akan mematikan bakteria. Bermula dari penemuan tersebut, mereka telah berusaha untuk menghidupkan bakteria tersebut untuk dikaji. Tahun berikutnya, mereka telah membuat satu hipotesis (andaian) bahawa ulcer dan kanser perut disebabkan oleh bakteria tersebut…walau bagaimanapun, komuniti pada masa itu bertindak skeptik dan menidakkan hipotesis mereka. pada tahun 1984…Dr Barry melakukan eksperimen terhadap DIRI nya sendiri dengan meminum kultur bakteria tersebut.. (gilo tak gilo punya orang)…dan beliau seterusnya dimasukkan ke hospital dan dipastikan mendapat ulser perut.bermula dari situ, Dr Barry telah berjaya membuktikan bahawa bakteria H. pylori menyebabkan ulcer perut dan pada tahun 1994, WHO menerima hipotesis beliau dan seterusnya menjadikan kajian beliau antara kajian paling signifikan yang mempengaruhi keseluruhan populasi dunia.
Bila bertemu dengan Prof. Dr. Barry
“Hello Dr…You inspired me with you talk!…orangnya sangat  baik dan imple…tak sombong. Aku ngan Herry sanggup tunggu dia berbual…ada la kat 20min (time tu da amik kuih tp tinggal trus sbb nak tunggu n jumpa dia) Tanpa buang masa, minta amik gambar bersama…sebagai sumber aspirasi🙂 pastu dapat la amik gambar ngan dia…tapi tak ckp lawa, satu sbb org amik, satu lg sbb…sbb…kna cr DSLR ar camni…ada org nak bg adiah?

Kata-kata Hikmat Prof. Dr. Barry Marshall
“I’ve never dreamed to get a nobel prize, We just curious when bacteria can lived in the stomach…”
“You don’t need to be excelent to get nobel prize, you have to think laterally, creatively and don’t give in to others skeptic critics”
“Don’t worry when you failed an experiment, it’s just another result that confirm your hypothesis is wrong…isn’t that a result?
“Everyone is against me but I knew I was right!”
Thank you Prof. Dr. Barry Marshall
You Inspired me to go further and to try think laterally