Jom Cop Kedai…!!!…Sate Urat Ketin…Btol ke lg sedap?

Posted on August 1, 2010

28



Assalamualaikum…
Terima kasih kepada semua rerakan blogger kerana masih sudi menjenguk MyThought ini. Tapi pada kali ini, saya bukan sahaja nak kongsi apa ada dalam kepala dan hati saya, malah saya nak kongsi perut selera saya….MyBlack&White list kali ni akan membawa anda untuk menikmati SATE….Ya…tepat sekali…S..A..T..E…yang sangat lazat. Sempena bulan RAMADHAN yang bakal tiba, mesti ramai yang terfikir apa juadah berbuka yg bakal dinikmati. Oleh itu saya ingin mencadangkan sate sebagai pilihan jika anda bosan makan nasi (hohoho…bosankah?) ๐Ÿ™‚ Jika sebelum ni saya berasa sedih dengan satu sesetengah kedai sate yg tidak memberikan layanan dan sate yang sedap. maka saya telah berkelana hingga ke…
Sate Urat Ketin (Sate U.K)
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

TagLine dia: Ini barulah sate kajang yg betul!

Umum mengetahui bahawa kajang terkenal dengan satenya. tapi susah nak dapat kedai yg betul2 sedap dan puas bila dimakan. Yang paling penting sate mestilah puas dimakan, daging2 yang lembut dan di ‘marinated’ dengan rempah ratus…dimasak dengan arang dan bukan direbus. Jika anda peminat sate, Sate U.K menjanjikan kepuasan anda.
gambar ni tetinggal kuah da…
Hohohoho…nampak tak sate2nye yg mengiurkan? juicy n cooked on the spot. Menu sate di restoran sate U.K setakat ni masih sate daging, ayam dan yg terbaru sate perut (tak ramai yang pandai buat) dan saya dah rasa kesemuanya. Secara peribadi, saya menggilakan sate daging dia…fuhh…tgh2 menaip ni pun air liur terembes dengan lajunya…Dia punya sate pun besar gak dan berbaloi2 di makan. Di samping sate, anda akan disajikan dengan ketupat versi mcm lepat. dibalut dengan daun dan dimasak dengan air pandan (kot) memang sedap ar rasa dia. Kuah dia pun sedap. kalo awal2 kureng skit. tapi lepas dia bukak kedai ni, Kuah dia mmg tip top!
Ni da mintak tambah lg tu yg sate je
Selain dari sate, kedai ini juga menyajikan pelbagai menu masakan panas seperti nasi goreng dan sebagainya. Tapi, da nama pun kedai sate, kalo oder nasi goreng, saya mesti oder sati buat lauk dia. Ngahahaha….layanan pun ok (lg kalo baik ngan bos) ngehehehe. Tapi kalo masa orang dapat gaji, korang kenelah cepat. penah sekali saya datang oder sate daging…dia kata habis dah ๐Ÿ˜ฆ Jadi kalo saya nak layan sate, masa orang tgh kering ๐Ÿ˜› (kene simpan budget demi sate!) Harga secucuk sate dia RM0.70…tu yg simpan budget. Mana cukup kalo 10 cucuk je!…penah balun sampai 40 cucuk, pastu gelong nak balik pun salah jalan. hahahaha…Untuk itu, saya persilakan anda semua untuk…
 

Cop Kedai Makan!!!
Kedai:7/10
Rasa Makanan:8/10
Kuantiti makanan:7/10
Harga:5/10 (fuh…demi sate…)
Layanan:6/10 (ramai pekerja baru)
Overall:6.6/10

P/S: Saya da cuba, anda bila lg? (gambar ni ialah bro zali, kwn sekolah dulu. Juga empunya blog Tintaku Dinamika V.2)