Anda suka SOYA?…Tapi tahukan anda yg soya adalah…

Posted on July 26, 2010

34



Asslalamualaikum…

Lamanya tak update…maaf la ye. da dekat seminggu tak jumpa internet sbb sibuk dgn pelbagai mcm urusan termasuklah reunion SMKAS baru2 ni dekat Pengkalan Balak, Melaka (akn dikongsi tak lama lg). Sebelum ni da banyak merepek pasal kisah hidup dan kini kita kembali kepada jalan yg lurus. Ngahahaha….Jom kita kembali dalam slot MyScienceArticles….Kali ni sy nak bawa rerakan blogger meninjau satu produk yg terkenal di negara kita…SOYA…Soya yg saya maksudkan adlh sprt air soya yg kita gemari dan semua bhn makanan berasaskan protein soya (SPI-Soya Protein Isolate). Untuk pengetahuan anda…
SOYA TIDAK SESIHAT SEPERTI YG DISANGKAKAN
Kenapa pulak??? (Marah ni…sy pun suka gak!)

Soya Di Dunia
Soya ditanam dengan meluas di Amerika.Hingga kini, lebih 50% pengeluaran soya dilakukan oleh Amerika dan menjadi pembekal terbesar soya di dunia. Salah satu syarikat yg membekalkan benih soya ialah MONSANTO yg membekalkan benih soya yg telah diubahsiuai secara genetik. Mereka menyatakan bahama soya yg telah diubahsuai ini lebih banyak khasiatnya dan cepat memberikan hasil. walaubagaimanapun, ia hanya indah khabar dr rupa…Soya dijadikan pelbagai jenis produk yg dijual dengan meluas seperti air soya, tofu, jajan2 (snek), minyak sayur dan sebagainya. Kat asia juga terkenal dan yg paling femes miso dr jepun dan tempe…ya. TEMPE! Saya akan membezakan kepada dua jenis soya…soya yg tidak melalui proses fermentasi dan soyan yg melalui proses fermentasi mcm tempe dan miso.
Kandungan dalam soya
Soya mengandungi beberapa bahan yg merbahaya kepada sistem badan kita. antaranya ialah:-
  1. Phytic acid/Phytate: Semua kekacang mengandungi bahan ini. walau bagaimanapun, soya mengandungi kandungan phytate yg sangat tinggi. Phytate ini berupaya untuk menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting seperti Magnesium, Calcium, Zink dan sebagainya.kesemua mineral tersebut penting dalam kawal atur tubuh kita. Ia tak dapat dimusnahkan denga proses memasak yg lama…So mcm mana nak musnahkannya???
  2. Perencat enzim: Soya juga menganduni bahan perencat enzim yang akan merencat aktiviti enzim trypsin (dalam perut kita) yang sangat penting untuk mencernakan dan membantu proses penyerapan pelbagai jenis protein dalam tubuh.
  3. Hemaglutinin: Hemaglutinin merupakan agen penggumpal darah yg boleh menyebabkan darah dalam tubuh kita bergumpal dan mengurangkan keberkesanan penyerapan oksigen. ini menyebabkan badan kita lemah dan otak kita lembab kerana oksigen yg diperlukan tidak mencukupi dalam badan…patot la aku selalu ngantuk je…
Tadi kita dah tahu yg soya ni ada banyak bahan yg tidak menyihatkan tubuh kita…tapi sebenarnya, soya yg difermentasi seperti tempe, kicap dan miso mempunyai banyak kebaikan berbanding soya yg belum difermentasi…apa benda fermentasi ni???
Proses fermentasi ialah proses di mana bahan seperti soya di kulturkan atau dieram bersama dengan mikrob seperti yis dan kulat….Kulat yang di campurkan berupaya untuk menguraikan phytate kpd bahan yg tidak merbahaya dan seterusnya menambah kualiti tempe tersebut dengan menukarkan vitamin B-12 tak aktif dalam soya kepada vit B-12 yg aktif….mungkin kita akan bincang dgn lebih lanjut di masa akan datang….

Rujuk di :
Protein soya terasing/Soy protein isolate (SPI)
Protein soya ialah protein yg telah diasingkan dari soya dengan menggunakan kaedah kimia. Protein soya menjadi bahan asas dalam pelbagai jenis bahan makanan seperti snek dan sebagainya…persoalannya, bagaimana ia dihasilkan?Proses penghasilan SPI ini tak dapat dibuat di rumah…hanya di KILANG…agak2 kenapa? hohoho…untuk menghasilkan SPI, 
  1. soya2 akan direndam dalam larutan beralkali untuk mengasingkan fiber atau selulosa dan sebagainya. 
  2. selepas itu, ia akan dienapkan dan diasingkan dalam larutan berasid. Proses pengasingan ini dijalankan dalam bekas aluminium. reaksi kimia antara bekas dan asid akan menyebabkan aluminium terhakis dan bercampur dengan hasil akhir proses ini (SPI). dan dikatakan SPI ini tercemar dengan aluminium berkali ganda berbanding susu yg diproses. 
  3. selepas diasingkan denga asid, ia akan dineutralkan semula menggunakan larutan beralkali. semasa proses ini, dua bahan berbahaya terhasil iaitu sejenis toksin berbahaya yg dinamakan lysinoalanine yg mampu menyebabkan kanser.
  4. akhir sekali, SPI td akan sisembur dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk. semasa proses ini, nitrite terhasil. nitrite merupakan satu lagi agen yg boleh menyebabkan kanser kepada manusia…Tak percaya?
Nampak gaya entri kali ni akan jd sangat panjang…cukuplah sebagai pengenalan, sy akan sambung pd entri yg akan datang. sementara itu…marilah sesama kita fikirkannya…Adakah benar soya baik untuk kesihatan kita?
Akan datang di MyThought:
 Soya sebagai minuman perancang keluarga…pada BAYI?
Reunion SMKAS di Pengkalan Balak, Melaka
Posted in: MyScienceArticle