Bila Aku jd BIDAN….Bidan ape?

Posted on July 17, 2010

25



Assalamualaikum…
Sebelum memulakan entri ari ni…saya nak ucapkan terima kasih kpd rerakan blogger yg sudi berkongsi dengan saya dan menjadi follower. Terima kasih diucapkan. Untuk pengetahuan semua, Hari Sabtu telah menjadi hari bersejarah untuk saya pada kali ini…dan sy bercadang untuk berkongsi dengan rerakan Blogger apabila…
SAYA JADI BIDAN…!!!
Tapi bidan ape?…
Kucing rumah kami yg bernama ‘CaCat’…kaki sape kat belakang tu?


Telah 3 Bulan sarat Mengandung…lepas projek kat depan umah…ngan kucing mana ntah.Da banyak kali buat serbuan, tapi lum dpt tangkap lg…(Ish x3)

Mengerang kesakitan sejak pukul 7 pg td (17/7/10)….sambil meroyan gigit tgn aku. Betuah punya CaCat :s (Kat belakang tu ialah Mini Hospital Kucing Tmn Tenaga, 43000 Kajang🙂

Telah Selamat melahirkan anak jam 11.30 pg…First time dlm idup tgk kucing beranak…(Org Bujang, paham2 la ye😛 hehehe)
Kemudian melahirkan anak yg ke-2…warna oren2 gitu. memang bakal jd comella.

Da kul 12 tgh ari….penat tunggu ni…Baru 4 ekor selamat dilahirkan….perut masih beso lg…(Pusshh…Puusshhh…Pusssshhh….penat aku sebut da :p) pastu telelap depan ‘Hospital Kucing tu’

Tepat jam 4 ptg…bgn2 da selamat bersalin semua…1 2 3 4 5….6!!! biar betol, knp dulu ko lahir 2 ekor je?? (Anak2 CaCat yg dulu telahpun diculik orang…huhuhu…sedih…

Alhamdulillah…akhirnya, da dapat 6 ekor anak kucing…yg peliknya, dr 6 ekor tu…knp yg seko ni je wana oren?yg lain itam2 belaka??? CaCat…ko projek ngan kucing mana satu ni???
(En.pared…comel tak saya…idung saya mcm mak saya la..hihihih~ )
Begitulah hikayatnya kucing bernama CaCat selamat melahirkan 6 ekor anak di Mini Hospital Kucing Tmn Tenaga…Sungguh indah fitrah yg Allah tentukan pada makhluknya, Kitaran hidup yg akan sentiasa berterusan. Ya Allah, Kau telah buktikan di hadapan mataku Fitrah kejadian makhluk-Mu…SubhanAllah…Indahnya aturan dan ciptaan-Mu…sehinggakan aku bertanya…
#
#
#
#
#
Bagaimana ada hamba-Mu yang berakal ini sanggup berpelakuan jahanam seperti ini?Wahai Manusia, kembalilah kepada fitrah mu…ISLAM itu agama yang sejahtera…Bertaubatlah…sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat untuk hamba-hambanya yang insaf melainkan dosa2 syirik kepadanya….
Marilah sesama kita bermuhasabah…’Bidan apakah kita ini?’
Posted in: MyDiary