Sedapnye minum TEH…tapi tahukah anda….?

Posted on July 14, 2010

35



Assalamualaikum
Lama gak tak update MyThought. Sejak mula semester ni, ada je keje nak kena buat. Selepas entri berkenaan dengan kopi, atas permintaan cik eyna chan dan maklum balas cik kiwi, kali ni kita akan lihat berkaitan kebaikan minum TEH🙂

Teh (Camellia sinensis) mempunyai kandungan antioxidant catechins (>30%) dan sedikit sahaja kandungan caffeine (3%) yg menjadikan teh lebih di gemari berbanding kopi. Walau bagaimanapun, seperti yg telah dibincangkan pada entri lepas, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang unik.Terdapat beberapa jenis teh yg dibezakan melalui kaedah penghasilannya. kita ada white tea, yellow tea,green tea,oolong dan black tea. sila rujuk gambar dibawah mengenai penghasilan teh;
rujukan-klik sini
Teh untuk menghindari Glaucoma?
Penyelidik dari China telah berjaya mengkaji kebolehan catechins untuk diserap oleh tisu mata pada mencit. mereka telah membuktikan bahawa catechins yg diserap berupaya untuk membantu mata menghilangkan tekanan yang berlaku pada mata. Kehadiran catechins ini juga berupaya membantu mata menghindari kerosakan saraf mata atau lebih dikenali sbg penyakit glaucoma.
rujukan-klik sini

Teh membantu pesakit Kencing manis (Diabetes)?

Jika kopi membantu menghindarkan kencing manis dengan kandungan kafein yg dia ada, Teh pula membantu menghindarkan kencing manis dengan kehadiran polisakarida seperti selulosa. Kehadiran polisakarida ini akan merencat penyerapan glukosa yang memainkan peranan pnting dalam menyebabkan kencing manis (glukosa ialah gula ringkas)-sebab tu kita kena amalkan “Kurang Manis”🙂
rujukan-klik sini
White tea, green tea vs black tea?
Kalau sebelum ni kita sibuk pasal antioxidan catechins, Black Tea (teh yg kita selalu minum tu…) pula mengandungi kurang catechins krn proses penghasilannya telah memusnahkan sebahagian catechin yg ada. Walau bagaimanapun, black tea mempunyai kandungan lain yg juga sama penting dengan catechins dalam menjaga kesihatan kita. bahan bioaktif yg dipanggil theaflavin dan thearubigens lebih banyak dijumpai dalam black tea. (boleh rujuk gambar kat atas psl penghasilan daun teh) Kedua-dua bahan ni yang berikan teh yg kita minum rasa dan bau yg harum🙂
Dr. Joseph Vita, salah seorang saintis di Boston’s School of Medicine telah menyokong kebaikan Black tea ini kerana beliau mendapati ia mampu membantu mengembalikan fungsi normal salur darah yang tidak betul. ini di kuatkan lagi dengan kajian/survey yg telah dilakukan kepada 3000 org lelaki arab saudi. Dalam kajian ini, saintis mendapati mereka mempunyai kurang risiko mendapat penyakit jantung …kesimpulannya, Black tea membantu dalam melancarkan perjalanan darah kita🙂
rujukan-klik sini
Rakan2 sekalian, kajian terhadap teh masih di peringkat awal seperti mana kopi. Tiada lg bukti yg menunjukkan teh menyebabkan keburukan apabila diambil dalam kuantiti yg banyak…oleh itu, sy mengsyorkan untuk kita bersederhana dalam apa jua yg kita lakukan.
Apa pendapat anda?
p/s: Jemput Minum TEH🙂
Posted in: MyScienceArticle