Masa untuk berfikir….

Posted on July 6, 2010

4



Assalamualaikum….

Kali ni, mari sesama kita berfikir🙂

“Sebagai insan biasa, kita gemar meminta tetapi sukar sekali untuk memberi”

“Rakan dan kawan bagaikan pasir di pantai dan sahabat sejati bagaikan permata yang tersembunyi di antaranya. Ambillah mereka semua dan pilihlah sahabat sejati di antaranya”

“Kita sering gelisah apabila menghadapi masalah, seringkali kita melarikan diri daripadanya, sedangkan ia hanyalah ujian dan cabaran yang didatangkan untuk menjadikan kita insan yang lebih cemerlang”

“Seseorang yang kaya bukanlah kerana jutaan duitnya, banyak keretanya, cantik isterinya atau besar rumahnya. Tapi apabila dia merasa cukup dengan apa yang dimilikinya”

“Tiada gunanya badan yang sihat tika hatinya sakit,
Hilang maknanya kaya jika dia tidak bersyukur,
Tiada untungnya cantik apabila akhlaknya sedikit,
Hilang manisnya rumahtangga tanpa tolak ansur”

Renung2kan & semoga bahagia….

“Thanks for coming n reading this entry🙂 “

wassalam

Posted in: MyDiary