New Students…!!!

Posted on July 1, 2010

0



Salam
Lagi beberapa minggu cuti sem da nak abis…
Masa untuk berehat2 goyang kaki pun bakal tamat…
Pasni mesti tak cukup kaki nak jaga lab…hahaha
Walau penat, tapi seronok layan kerenah dak2 junior ni…
macam-macam ada…!!!


aku penah tanya kat diaorang….


aku : Korang masuk U ni sebab apa ye?
UG : Sebab nak tunaikan impian mak ngan ayah…nak capai cita2
aku : apa cita2 yang korang nak capai tu?
UG : …. ntah la abg, dulu nak jd Dr, tp tak cukup pandai…ngahaha
aku : jd pas habis degree korang nak jd ape?
UG : hmmm….ntah le. tengok la bila sampai masanya…

dalam kes lain…

aku: bape target korang sem ni?
UG: saya target 3.5 je. rasa macam bole dapat
aku: kenapa tak target 4.0?
UG: uih, tinggi sgt tu…tkt tak sampai target
aku: kalo 3.5 confirm dapat la ni?
UG: InsyaAllah…
aku: kalo tak capai 3.5?
UG: nak buat camne, da tu rezki saya…pastu usaha lg
aku: lor?apa bezanya target 4.0 ngan 3.5 sedangkan 2 2 tak confirm dapat?
UG:..aaaa…..ntah la ye…


bila kita nak meletakkan matlamat, kita seharusnya letak matlamat/objektif yang terbaik untuk dicapai. Jadi kita akan terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Kalo kita letak matlamat nak capai 70%, mungkin 70% je la usaha yang kita laburkan. Hasilnya mungkin capai 70% atau kurang. Lebih semangat jika kita letak target 100% agar usaha yang dilaburkan pun mencapai 100%. hasilnye pun akan mencapai 100%…

UG: tapi saya dah usaha 150% dah, tapi kenapa result masih segitu gak?
aku: mungkin awak silap cara belajar kot. studyHARD je tak cukup, kene studySMART
UG: camne nak studySMART?


nak belaja ni kene ikut gaya sendiri. ada org rajin baca buku,malas pegi kuliah,suka dengar org terang kat dia dan sebahagian suka buat study group. yang paling penting, belaja kat U tak cukup sekadar membaca dan menghafal. kene cuba memahami, bincang, tanya pensyarah dan sebagainya. yang paling penting sekali niat kenapa kita belajar…Ilmu ni hak milik ALLAH, jadi bila belajar, kena la mintak kat Allah supaya mudah difahami

aku: Awak rasa awak belajar kerana apa?
UG: nak dapat keje gaji besar, masa depan yang terjamin, suka pada subjek yang dipelajari, etc
aku: saya rasa ada yang kurang…kene tambah lagi…
UG: ada lg ke?…hmmm apa dia???

Perkara yang plg utama tapi kite sering lupa…seperti yang kita maklum, setiap perkara yang kita buat dalam hidup ni adalah satu ibadah. tapi syarat untuk menjadi ibadah, kita kene niat yang semua ini kita lakukan kerana Allah. kalo tak, ia hanya menjadi perbuatan sahaja…memang kita selalu lupa termasuk diri saya… jadi kene la saling ingat mengingati antara kita…supaya kita sentiasa teringat…mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita lakukan…barulah rasa apa yang kita lakukan ini berbaloi-baloi (mcm dalam iklan celcom)

haha…wokeh…nanti sambung lg.
balik Pekan Nenas…tp nak makan Durian, bukan nenas

wasalam
p/s: gambar2 kenangan bersama rakan2 MICROBE 2008

Posted in: MyDiary